Tuesday, 29 September 2015

Permohonan Pelatih Sukarela Projek Perintis PLKN..

PLKN 2.0

OBJEKTIF

Program Khidmat Negara akan dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan seperti berikut:

  1. Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
  2. Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
  3. Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
  4. Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
  5. Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.

Pelaksanaan

Dalam melaksanakan Program Khidmat Negara ini,beberapa aspek penting telah diambil kira iaitu seperti:

  1. Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.
  2. Pelaksanaan telah dimulakan pada tahun 2004.
  3. Kemudahan infrastruktur latihan dan kemudahan-kemudahan asrama seperti yang terdapat di kem-kem PLKN seluruh negara.
  4. Implikasi kewangan.
  5. Menghadkan kesan ke atas sistem pembelajaran yang sedang berjalan.
  6. Guna tenaga dari segi kepakaran dan pengalaman.

(APA) Melalui PLKN remaja dapat menyemai nilai-nilai patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja pada hari ini. (MENGAPA) Hai ini disebabkan oleh perubahan masa dan cara hidup pada masa kini menjadikan mereka leka sehingga tidak tahu erti kesusahan dan penderitaan hidup generasi sebelum merdeka. Sesetengah daripada mereka pula langsung tidak mengetahui nama kementerian dalam kerajaan. (BAGAIMANA) Jadi, PLKN dilancarkan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta melalui modul kenegaraan yang didedahkan.(BUKTI) Menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), sebanyak 82 peratus remaja memiliki semangat patriotisme yang tinggi selepas tamat menjalani kem PLKN. (KESIMPULAN) Hal ini membuktikan PLKN mampu membina remaja yang memiliki semangat patrotisme yang tinggi, sekaligus melahirkan generasi yang mengetahui hal kenegaraan yang berkaitan dengan kerajaan, kedaulatan negara dan cabaran dari dalam dan dari luar negara.

(APA) PLKN juga bertindak sebagai satu makanisme bagi pembentukan disiplin diri remaja.(MENGAPA) Walaupun terdapat segelintir pihak yang memperlekeh usaha kerajaan ini namun terdapat juga ibu bapa yang menerima baik program tersebut kerana percaya bahawa PLKN menjadi titik peralihan yang penting dalam membentuk disiplin anak-anak mereka.(BAGAIMANA) Hal ini dikatakan demikian kerana masa lapang peserta selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia diisi dengan kegiatan yang berfaedah dan dapat mendisiplinkan diri peserta dengan jadual yang ditentukan. Program ini juga dapat mematangkan fikiran mereka setelah menjalani latihan dan menguji ketahanan mental dan fizikal. (BUKTI) Majoriti bekas pelatih telah menunjukkan perubahan sahsiah yang membina seperti lebih bertanggungjawab terhadap keluarga, berfikiran positif dan mempunyai hala tuju yang jelas. (KESIMPULAN) Oleh itu, penekanan aspek disiplin dalam PLKN telah menyebabkan rata-rata peserta melalui suatu peralihan yang besar dalam hidup mereka.

(APA) Jika ditinjau dari perspektif lain pula, program ini yang melibatkan pelbagai kaum juga dapat memperkukuh integrasi nasional. (MENGAPA) Hal ini penting kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum seperti kaum melayu, cina dan india. Peristiwa hitam 13 Mei perlu dielakkan daripada berulang lagi dan kerajaan mengambil langkah pelaksanaan PLKN sebagai satu usaha untuk mewujudkan satu Malaysia yang adil antara kaum. (BAGAIMANA) Melalui program ini, remaja daripada berbilang kaum, kebudayaan dan agama dapat dihimpunkan dalam satu wadah bagi menyuburkan semangat perpaduan kaum. Hal ini kerana semasa menjalani aktiviti program mereka tinggal bersama-sama. Jurulatih PLKN juga membantu pelatih memahami cara negara yang merangkumi tanah air, rakyat dan kadaulatan ini ditadbir melalui satu sistem pentadbiran.(KESIMPULAN) Rentetan itu, jelaslah bahawa PLKN mampu memperkukuh ikatan integrasi antara kaum dengan wujudnya bibit-bibit kasih sayang dan saling menghormati antara satu sama lain.

Secara tuntas, Program Latihan Khidmat Negara yang dijalankan memang mendatangkan kebaikan kepada remaja mahupun negara. Sesungguhnya, sebagai insan, kita ditagih agar menyumbangkan jasa dan bakti, bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan tulang dan manusia mati meninggalkan nama. Hal ini samalah dengan objektif PLKN yang bukan sahaja mahu membentuk semangat cinta akan negara dalam diri peserta malah turut menggalakkan mereka menyumbangkan keringat kepada masyarakat. Oleh itu, semua pihak khususnya para remaja dan ibu bapa perlu menyahut seruan kerajaan dengan menyertai program ini agar modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dilahirkan.

No comments:

Post a Comment