Wednesday, 28 October 2015

filem best

Berikut adalah senarai wajib filem (tidak menurut urutan) yang saya sukai :


1.         Shawshank Redemption

Filem ini menduduki ranking no.1 sebagai filem yg paling diminati oleh lelaki (internet vote). Kisah tentang bagaimana seorang lelaki yg difitnah hingga terhumban dalam penjara, kemudiannya melepaskan diri dengan cara yang sungguh ‘brilliant’. Ia mengajar kita tentang erti kesabaran dan kecekalan, serta makna sebenar usaha ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit’….

Scene paling mengilhamkan dlm filem ini : kali terakhir ketika Morgan Freeman (Sbgai Mr. Red) beri alasan ‘kenapa saya perlu keluar dari penjara’…. Memang jawapannya membuatkan penyoal ‘terduduk’!


2.         Pursuit of Happyness

Ini satu lagi cerita bermutu dari kilang Hollywood. Mengisahkan bagaimana kecekalan seorang bapa kulit hitam menghadapi kesusahan hidup…. Pernah ditinggalkan isteri, tiada rumah hingga ke tahap terpaksa tidur dalam tandas awam….memang sedih….tetapi akhirnya, dia menjadi seorang jutawan sekarang(based on true story).

Scene paling mengilhamkan dlm filem ini :  Ketika Will Smith (Chris Gardner) sedang membaca buku tengah malam sambil berdiri dengan berbantukan cahaya lampu tepi lorong jalan…. Tiba-tiba lampu tersebut terpadam…kasihan betul Chris ketika itu…. dapat betul kita rasakan betapa kuatnya azam si bapa ingin merubah nasib hidupnya…


3.         Good Will Hunting

Jika anda tertanya-tanya kenapa sesetengah anak memiliki otak pintar tetapi berperangai ‘samseng’ & tak suka ikut peraturan, mungkin filem ini memiliki jawapannya. Mengisahkan seorang ‘genius’ matematik (Will Hunting) yang dapat meyelesaikan masalah matematik di mana professor matematik pun tak dapat menjawabnya, tetapi berperangai angkuh & degil. Then, dengan bantuan seorang pakar psikologi, dia telah berjaya di’baik’kan.

Scene paling mengilhamkan dlm filem ini :  Saat di tepi sungai, ketika Will Hunting ‘terdiam’ kerana diperli professor psikologinya, bila dia merasa kepandaiannya mengetahui semua perkara tidak semestinya membuatkan dia seorang ‘bijak’.


4.         Coach Carter

Ini satu lagi filem ‘based on true story’ yang bagus dari Hollywood. Bagi saya, ia wajib ditonton oleh semua guru yg berdepan dengan anak murid degil2. Mengisahkan bagaimana seorang pelatih bola keranjang melatih sekumpulan pelajar yg ‘dahlah tak terel, tapi rasa macam best’…. Ia sangat baik dalam memperihalkan maksud ‘yakin dengan kelebihan diri anda’ ketika orang lain semuanya mengatakan ‘tidak mungkin’.

Scene paling mengilhamkan dlm filem ini :  Kata-kata salah seorang anak buah Coach Carter ketika memberi alasan kpdnya mengapa mereka perlu meneruskan perjuangan team bola keranjang mereka.


5.         Tae Guk Gi (Brotherhood)

Ini merupakan satu-satunya filem korea yg saya minati. Kisah seorang abang yg menyayangi adiknya bersungguh-sungguh, tetapi si adik tidak dapat menangkap ‘cara’ abang mengasihinya. Kisahnya berlatar belakang perang saudara korea. Adengan perangnya sangat bermutu hingga sy rasa ‘lebih hebat dari Filem Saving Private Ryan’.

Scene paling mengilhamkan dlm filem ini :  adengan laast sekali, bila si adik baru mengetahui yang ‘rangka’ tulang belulang yg ditemui itu adalah abangnya…. Sediih oo…


6.         Slumdog Millionaire

Kalau nak tahu apa maksud sebenar ‘nasib baik’, tonton lah filem ini. Dan kalau anda nak tahu juga erti kemiskinan sebenar, tontonlah filem ini. Kisah seorang budak dari ‘slum- kawasan setinggan india’ bertukar menjadi jutawan hasil dari kejayaannya menjawab semua soalan dalam kuiz ‘who want to be millionaire’….. yg bestnya, semua jawapan tersebut bukan diketahui dari pembacaan, tetapi dari pengalaman perit hidup!

Scene paling mengilhamkan dlm filem ini :  ‘Amitabh, amitabh bachaaaaan’…. Mesti siapa yg dah tonton filem ni, mereka akan selalu ulangi adegan Jamal Malik (ketika budak) berlari keluar dengan badan berlumuran kotoran meluru ke Amitabh Bachan… punyalah peminat fanatic…..


7.         Invictus

Filem ini baru sahaja saya tonton. Sekarang baru saya tahu mengapa Nelson Mendela begitu dihormati oleh kulit hitam dan juga kulit putih sehingga meraih ‘Nobel peace prize’. Dan bagi saya juga, ia menyediakan jawapan bahawa setiap pemimpin perlu berjiwa besar, berhati besar dan bersedia memaafkan kesalahan orang lain serta tidak perlu meneruskan ‘kitaran permusuhan’. Bagus juga kalau pemimpin parti politik melayu kita atau N.G.O islam yg selalu bergaduh berebut ahli atau berbeza pendekatan dakwah itu menontonnya!….

Scene paling mengilhamkan dlm filem ini :  Ketika Presiden Mendela dan ketua pasukan ragbi Afrika selatan bertemu di pejabat presiden dan berbual…. Cara mendela menghargai Matt Damon (ketua ragbi) membuatkannya terus bertukar fikiran terhadap presiden kulit hitam itu!


8.         Beautiful Mind

Filem ini memang best jika kita ingin tahu erti ‘belajar kerana ilmu, bukan kerana peperiksaan’ dan mengapa ‘cerdik pandai orang putih’ banyak mendapat hadiah Nobel. Berlatar belakangkan Princeton University, institusi menara gading antara top 10 dunia, bak kata isteri saya ‘susah nak cari orang melayu kita lepas masuk ke sana’…… Seorang professor ekonomi terkenal yang separa ‘mereng’ akibat penyakit halusinasi, tetapi berjaya meraih hadiah Nobel dari kajiannya…

Scene paling mengilhamkan dlm filem ini :  Ketika Prof. tersebut sedang tekun meyelesaikan masalah matematik sampai menulis-nulis formula math di dinding dan cermin!


9.         Children of Heaven

Antara filem iran yang ‘quite simple’ tetapi mendalam maksud tersiratnya. Filem arahan Majid Majidi ini mengisahkan tentang kanak-kanak yang kehilangan sepasang kasut. Kanak-kanak itu berusaha mencari semula kasut itu kerana dia tahu kemiskinan keluarganya tidak memungkinkannya membeli kasut yang sama semula…

Scene paling mengilhamkan dlm filem ini :  Saat ketika kanak-kanak itu berlari marathon untuk mendapat hadiah nombor 1…. Cekal sungguh semangatnya!


10.       Life is beautiful

Jika anda mencari inspirasi teknik berfikir positif ketika dirundung krisis besar berterusan, cadangan saya, tontonilah filem ini. Mengisahkan seorang bapa bersama anak yang ditawan di kem tentera Nazi. Si bapa telah melakukan berbagai perkara untuk ‘twist’ minda anak bahawa mereka bukannya ditahan Nazi, tetapi sedang bermain pertandingan dengan banduan lain. Jika mereka menang, hadiahnya adalah kereta kebal!

Scene paling mengilhamkan dlm filem ini :  Babak ketika si bapa men’terjemah’kan arahan askar German untuk anaknya. Askar German berkata lain, dia pula terjemahkan lain!


11.       Filem Indonesia : Laskar Pelangi

Saya amat bersetuju 200% jika filem ini ditayangkan kepada semua kanak-kanak sekolah luar Bandar. Ini kerana isinya benar-benar bermutu, mendidik, dan layak ditonton oleh generasi kita. 

Biar darinya, mereka terinspirasi dari kesukaran hidup. Biar mereka tahu yang kemiskinan bukanlah penghalang untuk berjaya. Biar mereka sedar bahawa jika mereka mengira hidup mereka amat sukar, ada orang lain di tempat lain yang berlipat kali ganda lebih susah dari mereka. Tak sangka juga ye, Indonesia mampu menghasilkan filem bermutu sebegini.

Scene paling mengilhamkan dlm filem ini :  Ketika Lintang menjawab soalan matematik dengan begitu cepat dalam kuiz matematik yang disertainya…. Fuh, budak ni memang brilliant!


12.       Filem arab : Omar Mukhtar & The Message.

Kedua-dua filem ini adalah filem arab tetapi terdapat juga versi English. Jika anda benar-benar ingin hayati perjuangan Rasul, tontonilah filem The Message. Anda akan fahami, betapa sukar dan deritanya Rasul menyampaikan islam yang senang-senang je kita terima sekarang…..

Omar Mukhtar pula menceritakan ‘sisi berani’ pejuang Islam Libya. Dari filem ini, kita akan fahami maksud sebenar syahid, dan darinya juga kita belajar bahaw islam hanya akan berperang bila diprovokasi dan untuk mempertahankan diri, bukan sengaja ‘bom sana, bom sini’ seperti yang ingin di’picture’kan media barat tentang kita….

Scene paling mengilhamkan dlm filem ini :   Aksi Saidina Hamzah mem’belasah’ Abu Jahal depan Kaabah…. Hmm..baru depa tau yang bapa saudara Mohammad ini dah masuk islam rupanya!



13.       Filem melayu : Bukit Kepong

Ada orang bertanya ‘ustaz takde ke minat filem melayu?’ Ini jawapannya : bukan tak minat, tapi banyak sangat filem kita yang merosak dari mendidik, kecuali filem ini. Ia sebenarnya filem lama. Kalau ak salah saya tahun 70 an kot…. Tapi saya sudah menontonnya lebih 3 kali dan sehingga kini masih meminatinya…. Ia benar-benar sebuah filem sejarah yang berjaya mengajar kita ‘erti bahaya komunis’, erti pentingnya kestabilan kaum dll. Cadangan saya : kepada generasi muda sekarang yang banyak hiruk-pikuk dalam blog menuntut itu-ini, sedangkan mereka tak pernah merasai zaman ‘makan kayu ubi berbulan-bulan’, fahamilah betapa sukarnya generasi dulu memperjuangkan kestabilan.

Scene paling mengilhamkan dlm filem ini :   Scenenya saya sudah agak lupa, kerana sudah agak lama tidak menontonnya, tetapi rasanya ketika Jins Shamsudin selaku polis ketika itu sedang bertahan ala ‘last man stand’ di Balai Polis Bukit Kepong dari serangan komunis. Tapi yang sedihnya, dia akhirnya tewas.


14.       Kartun :  Bolt, Kung Fu Panda & Ratatouille

Ada rakan yang gelakkan saya kerana masih meminati kartun. Tetapi benar, 3 filem ini bukan sebarangan kartun. Ia adalah karya kartun yang mengajar kita cara berfikir lurus dalam hidup. Filem Bolt mengajar kita makna ‘nothing impossible’, sementara Kung Fu Panda pula mengajarkan makna ‘from zero to hero’. Ratatouille? Hmm… selain memperkenalkan masakan Perancis, ia mengajar kita bahawa erti sebenar ‘di mana ada kemahuan, disitu ada jalan… yang penting percaya diri anda dan terus berusaha!’

Scene paling mengilhamkan dlm filem ini : banyak sangat…faham-faham jelah, namanya pun ‘kartun’.

No comments:

Post a Comment