- TAJUK 1 PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
- Sinopsis
- Menjelaskan pengenalan kepada PTV yang meliputi definisi dan ciri-ciri RBT, hubungan RBTdengan PTV; keperluan PTV dalam kurikulum di peringkat kebangsaan dan Prinsip PendidikanTeknikal.
- Hasil Pembelajaran:
- 1. Menerangkan maksud terminologi teknikal, vokasional dan teknologi;
- 2. Membezakan antara pendidikan teknik, pendidikan vokasional dan pendidikan teknologi;
- 3. Menjelaskan hubungan RBT dengan PTV;
- 4. Menjelaskan keperluan PTV dalam kurikulum kebangsaan;
- Kerangka Konsep Tajuk 1 Definisi dan ciri-ciri RBT Hubungan RBT dengan PTV Pengenalan PTV Keperluan PTV dalam kurikulum di peringkat kebangsaan Prinsip dan rasional Pendidikan Teknik
- 2. 1.1 Definisi dan Ciri-ciri RBT
- Tahukah anda apakah maksud teknikal, vokasional dan teknologi? Mari kita teliti maksudterminologi di bawah;Jom kita lihat asal perkataan teknik dulu…Perkataan teknik atau techic berasal dari perkataan Greek ‘technikos’ yang bermaksud untukbelajar atau prinsip-prinsip teknologi. Mari kita lihat maksud berikutnya; Teknik bermaksud; “pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan barangan hasil industry atau kaedah mencipta sesuatu hasil seni”. (Dewan Bahasa, 1993) Teknikal ialah…….. “pelaksanaan sesuatu kerja atau berkaitan dengan sesuatu bidang pengetahuan yang tertentu.” (Dewan Bahasa, 1993)Perkataan vokasional (vocational) berasal dari perkataan Latin vocare yang bermaksud to call.Jom kita lihat makna yang diberikan oleh Kamus Dewan dan Webster’s New World Dictionarypula; Vokasional ialah ……. “pendidikan dan latihan yang akan menyediakan individu untuk pekerjaan tertentu.” (Webster’s New World Dictionary, 1991)
- 3. Vokasional bermaksud; “pekerjaan atau profesion yang tertentu atau berkaitan dengan kursus-kursus pendidikan amali.” (Kamus Dewan, 1993)Jika kita lihat maksud bagi teknologi juga berasal daripada dua perkataan Greek iaitu technesyang bermaksud prinsip atau kaedah yang digunakan untuk membuat barangan dan logos yangbermaksud pengajian mengenai prinsip atau kaedah tersebut. Sila lihat maksud di bawah. Teknologi ialah ……. “pengajian berkaitan dengan teknikal yang digunakan untuk meneruskan kehidupan.” (Webster’s New World Dictionary, 1991) Bagaimana pula dengan maksud Pendidikan Teknik dan Pendidikan Vokasional? Istilah ini tidak asing kepada kita… Cuba fikirkan sejenak…Perkembangan penggunaan istilah dalam PTV berubah mengikut perkembangan semasa.Dunia yang sedang membangun memerlukan pelbagai jenis tenaga manusia, dan institusipendidikan bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan berkenaan. Rentetan itu makawujudlah pelbagai jenis program pendidikan berkaitan dengan teknikal dan vokasional berbezamaksudnya seperti berikut;
- 4. Pendidikan Ketukangan ialah ……… “program latihan yang melibatkan pembentukan kemahiran dengan pengajain teori yang paling minimum. Latihan lebih berbentuk ke arah penyediaan untuk pekerjaan seperti tukang perabot, penurap bata dan sebagainya.”Pendidikan Seni Perusahaan ialah ……… “pendidikan yang menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran teknikal berkaiatan dengan industri.”Pendidikan Teknik ialah ……… “Pendidikan yang memberi pengetahuan teknikal yang berkaitan dengan matapelajaran Matematik dan Sains yang kukuh.” (Finch & Crunkilton, 1965)Pendidikan Vokasional ialah . . . “Satu program pendidikan tersusun yang menyediakan pelajar untuk sesuatu pekerjaan yang tidak memerlukan kelulusan ijazah sarjana muda.” (Finch & Crunkilton, 1965)Manakala Pendidikan Teknologi ialah . . . “satu program pendidikan yang dibentuk khusus untuk mengajar teknologi masa lalu, masa kini dan masa hadapan, di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah sehingga ke peringkat ijazah sebagai persediaan untuk hidup dalam dunia yang sentiasa berubah.” (Finch & Crunkilton, 1965)
- 5. Renung sejenak! Pernahkah anda mengikuti salah satu program Pendidikan Teknikal atau Vokasional di atas? Pada pandangan anda apakah keistimewaan program berkenaan?
- 1.2 Hubungan RBT dengan PTVReka bentuk didefinisikan sebagai susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan sesuatuproduk atau impak. Teknologi ialah pengajian dan pengetahuan dalam usaha manusiamencipta dan menggunakan pelbagai alat, sumber, teknik dan sistem untuk menguruskankehidupan.Jom kita teliti maksud reka bentuk dan teknologi ini. ”Design and Technology prepares pupils to participate in tomorrow’s rapidly changing technologies. They learn to think and intervene creatively to improve quality of life. The subject calls for pupils to become creative and autonomous problem solver, as individuals and members of a team. They must look for needs, wants and opportunities and respond to them by developing a range of ideas and making products and systems. They combine practical skills with an understanding of aesthetics, social and environmental issues, function and industrial practices. As they do so, they reflect on and evaluate present and past design and technology, its uses and effect. Through design and technology, all pupils can become discriminating and informed users of products, and become innovators.” (DfEE/QCA, 1999: 90) Design and technology is about inventing practical solutions to problems through imaginative thinking. Learners use a range of tools, materials, skills and techniques to explore, design and make products and systems that meet human needs. Working in stimulating contexts they engage in a continuous course of personal development, learning to use todays technologies so they can participate in developing tomorrows. (www.qca.org.uk, 2008)
- 6. Apakah hubungan RBT dengan PTV?
- Istilah ini tidak asing kepada kita… Cuba fikirkan sejenak…Bincangkan perkembangan RBT di sekolah rendah.
- 1.3 Keperluan PTV dalam Kurikulum di Peringkat KebangsaanPada tahun 1971, Rupert Evans mencadangkan tiga objektif asas bagi Pendidikan Vokasionaliaitu memenuhi keperluan tenaga kerja, meningkatkan pilihan individu dan memotivasikanpelbagai jenis pendidikan. Sehingga kini, objektif ini telah menjadi dasar pembentukan objektif PTV. Apakah pandangan anda mengenai objektif yang dibentuk oleh seorang guru? Adakah iadapat dimanafaatkan oleh semua pelajarnya?Cuba bayangkan jika Sistem Pendidikan Kebangsaan pada masa kini tidak mengambilkirakeperluan individu dan negara. Mari kita lihat pandangan dan cadangan oleh pihak UNESCOdan ILO ini. UNESCO and ILO Recommendations (2006), in terms of the needs and aspirations of individuals, technical and vocational education should: a. Permit the harmonious development of personality and character, and foster spiritual and human values, the capacity for understanding, judgement, critical thinking and self-expression; b. Prepare the individual for lifelong learning by developing the necessary mental tools, technical and entrepreneurial skills and attitudes; c. Develop capacities for decision-making and the qualities necessary for active and intelligent participation, teamwork and leadership at work and in the community as a whole; d. Enable an individual to cope with the rapid advances in information and communication technology.
- 7. Cuba kita lihat bagaimana evolusi pekerjaan berlaku? Pada mulanya, seorang ayah atau ibuakan mewarisi kemahiran yang mereka miliki kepada anak-anaknya untuk memenuhi keperluansurvival keluarga. Apabila keluarga mula membesar menjadi masyarakat, keperluan tenagamanusia akan difokuskan bagi memenuhi kehendak masyarakat setempat. Malaysiamemerlukan tenaga mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang.Di sinilah bermulanya keperluan PTV untuk melahirkan tenaga manusia Negara. Maka prosespengintegrasian Pendidikan Am dan pendidikan PTV dalam kurilukum perlu dilaksanakandengan berkesan jika faktor-faktor berikut diberi perhatian;
- a. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang relevan;
- b. Pelaksanaan program, guru dan pengajar mengutamakan kejayaan pelajar;
- c. Matlamat dan tujuan pengintegrasian relevan dengan kehendak pelajar.
- d. Persekitaran pembelajaran yang kondusif; dan
- e. Kandungan mata pelajaran dapat dihubungkaitkan.
- Sila hayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan di bawah: Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa; “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara “
- 8. Menurut Isahak, (1992) menyatakan bahawa; “Tenaga manusia yang diperlukan dalam masyarakat industri tentulah tenaga manusia yang cekap dan profesional, berfikiran terbuka untuk menerima dan mengkaji maklumat dan ilmu serta dapat membuat penyesuaian dengan cepat” (Pidato Umum Aminuddin Baki Kali Ke – 4, UPM )Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dasar PTV telah dibentuk bagimemantapkan sistem PTV. Ia menjurus bagi melahirkan golongan pelajar berorientasikanpengetahuan sains dan teknologi bagi memenuhi keperluan tenaga manusia Negara. Jika kitalihat PTV mampu membangunkan diri individu untuk menjadi seorang warganegara yangberkualiti, berakhlak dan bertanggungjawab. PTV perlu bersaing dalam dunia pendidikan yangsedang berkembang pesat.Jika kita teliti kewujudan sistem PTV ini mempunyai keunikannya tersendiri. Mari kita lihatkeupayaan PTV itu sendiri dalam bersaing dengan sistem pendidikan am.
- PTV seharusnya berupaya;
- a. Membuka peluang belajar kepada mereka yang berminat, layak dan boleh mendapat manafaat daripadanya;
- b. Member peluang kepada individu untuk melanjutkan pengajian dalam pendidikan yang sama; ataupun bidang lain pendidikan am;
- c. Berhubung kait dengan keadaan sebenar pekerjaan dan kehidupan semasa bekerja;
- d. Menyediakan individu untuk kehidupan bekerja yang memuaskan;
- e. Menyedarkan individu tentang potensi dirinya; boleh membuat keputusan, melanjutkan pelajaran, mengambil bahagian dalam masyarakat dan kepimpinan;
- f. Menyediakan individu dengan asas-asas pekerjaan dan latihan yang bersan ; dan
- g. Menyumbang kepada kesamaan peluang di kalangan sistem pendidikan.
- 9. Cuba teliti Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan pidato umum di atas,fikirkan bagaimana keperluan PTV dalam kurikulum di peringkat kebangsaan?
- 1.4 Prinsip dan Rasional Pendidikan Teknik Prinsip terbentuk seiring dengan penwujudan PTV. Mengapakah prinsip ini penting? Bolehkah anda fikirkan sejenak apakah kaitannya antara prinsip dengan amalan dan tindakan dalam Pendidikan Teknik?Cuba bayangkan apakah yang akan terjadi jika tiada konsep asas dalam pembentukanPendidikan Teknik? Maka sebab itulah konsep asas adalah penting untuk dijadikan landasanbagi pembentukan prinsip Pendidikan Teknik. Prinsip berkait rapat dengan amalan dantindakan. Prinsip merupakan panduan untuk tindakan dan memerlukan sokongan kukuhdaripada amalan. “Prinsip Pendidikan Teknik ialah sebagai generalisasi yang menyatakan amalan pilihan, dan menjadi panduan bagi pembentukan program dan kurikulum, penilaian, pemilihan teknik pengajaran dan pembinaan polisi.” (Miller, 1985)Prinsip akan menggambarkan kejayaan amalan lepas iaitu sejak awal pembentukan pendidikanteknik. Ia akan melalui perubahan masa dan keperluan, serta diubah mengikut kesesuaiannya.Amalan bebas dan amalan baru yang berjaya akan dijadikan asas kepada pembentukan prinsipbaru atau kontemporari dalam Pendidikan Teknik. Prinsip perlu mempunyai asas falsafah yangkukuh.
- 10. Pada tahun 1960-an, UNESCO telah menyarankan supaya Pendidikan Teknik dijadikansebahagian daripada keseluruhan sistem pendidikan secara bersepadu. Ia bukan sekadarsebagai pemberi latihan kemahiran dan pengetahuan yang sempurna sebagai persediaan untukbekerja, tetapi juga untuk:
- a. Memenuhi kehendak pendidikan am untuk perkembangan sahsiah dan tingkah laku;
- b. Melengkapkan diri dengan kefahaman, kebolehan membuat pertimbangan, penampilan diri yang wajar; dan
- c. dapat membuat penyesuaian dalam persekitaran yang berubah.
- Malaysia telah membentuk matlamat Pendidikan Kebangsaan selaras dengan FalsafahPendidikan Negara iaitu:-
- a. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu;
- b. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera;
- c. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara; dan
- d. Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
- Maklumat lanjut, sila baca buku ini…..Miller, M.D. (1985). Principles and A Philosophy For Vocational Education. Columbus, Ohio: NCRVE. Sila layari laman web berikut untuk mendapatkan lebih kefahaman iaitu http://www.unevoc.de/convention/con-e.htm 10
- 11. Aktiviti 1 Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.1.
- Definisi bagi elemen-elemen berikut:
- a. Teknik
- b. Teknikal
- c. Vokasional
- d. Reka bentuk dan teknologi2.
- Huraikan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa proses pengintegrasian pendidikan am dan pendidikan PTV dalam kurilukum.3. Bagaimanakah kurikulum PTV itu dapat bersaing dengan sistem pendidikan am. Bincangkan.
- 12. TAJUK 2 EVOLUSI PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
- Sinopsis
- Mengimbas kembali evolusi perkembangan PTV dari zaman pembelajaran secara pondok zaman penjajahan sehinggalah era kemerdekaan dan akta-akta pendidikan yang berkaitandengan PTV.
- Hasil Pembelajaran:
- 1. Menerangkan sejarah perkembangan PTV seawal pengajian pondok, zaman penjajahan sehingga ke era kemerdekaan;
- 2. Menghuraikan akta-akta yang berkaitan dengan PTV;
- 3. Mengenal pasti konsep asas dan falsafah PTV;
- 4. Menjelaskan dasar PTV dan perkaitannya dengan RBT;
- 5. Menjelaskan falsafah Sekolah Ketukangan;
- 6. Menerangkan falsafah Pendidikan Vokasional.
- Kerangka Konsep Tajuk 2 Sejarah Perkembangan PTV Evolusi Perkembangan PTV Akta-akta Pendidikan yang berkaitan dengan PTV
- 13.
- 2.1 Sejarah Perkembangan PTV
- Mari kita lihat sejarah perkembangan PTV secara global bermula daripada revolusi perindustrian Perancis pada awal tahun 1800-an. Pada ketika itu, kajian dijalankan untukmenghasilkan ciptaan baru untuk keperluan peperangan. Seterusnya ia berkembang ke seluruhdunia daripada Negara-negara Eropah dan terus berkembang ke Negara Timur yang dibawa oleh penjajah.PTV kini memainkan peranan penting dalam menyediakan tenaga kerja mahir dan separa mahiruntuk membangunkan negara dalam sektor perindustrian. PTV berkembang pesat dalammenaikkan taraf pembangunan dan sosial negara. Negara maju seperti Perancis dan German mempunyai taraf kelayakan kemahiran yang paling popular dan terlaris dalam pasaran kerjapada masa kini. Tanpa disedari ia telah meningkatkan penawaran tenaga kerja berkemahirantinggi dan berpengetahuan telah menyokong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan(k-ekonomi), kelayakan kemahiran perlu disediakan sehingga tahap tertinggi dalam sesuatubidang pekerjaan.Peringkat awal sebelum kedatangan Inggeris, semasa penjajahan Inggeris sehingga era awalkemerdekaan. Sebagaimana yang kita ketahui, PTV memainkan peranan yang penting dalampembangunan ekonomi negara khususnya dalam bidang industri seperti pembinaan danpengeluaran.Sebelum kedatangan Inggeris, sistem pendidikan Melayuhanya terhad kepada membaca al-Quran danpembelajaran agama di pondok-pondok. Kurikulumnyasempit dan terhad kepada teks al-Quran. Aktivitipembelajaran hanya terhad kepada mengenal abjad-abjad Arab, mengingat dan menghafaz doa, selainmendalami prinsip-prinsip Islam. Bahasa Melayu akandiajar setelah mereka menguasai al-Quran.
- 14. Sistem pendidikan Melayu berubah dengan kedatangan Inggeris pada pertengahan kurun ke 19. Inggeris memperkenalkan sistem Pendidikan Vernakular Melayu, Cina dan India oleh A.M.Skinner. Hasil rombakan dasar tersebut pada 1913, sebanyak 189 buah sekolah VernakularMelayu tersebut telah didirikan di seluruh Tanah Melayu. Ia terus berkembang sehinggalahpada tahun 1938 terdapat 1169 buah sekolah Vernakular Melayu. Pada 6 Februari 1816, Rev. R.S. Hutchings telah membuka Penang Free School dengan menawarkan mata pelajaran PTV. Manakala pada tahun 1916, Sekolah Vokasional telah ditubuhkan dan diikuti pada tahun 1918, Sekolah Menengah Teknik ditubuhkan di Kuala Lumpur. Selepas 100 tahun dijajah Inggeris, hanya terdapat lima buah Sekolah Ketukangan di Tanah Melayu. Pada tahun 1946, nama sekolah tersebut telah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Pertukangan (Secondary Trade School). Pada tahun 1969, namanya telah bertukar sekali lagi menjadi Sekolah Menengah Vokasional (SMV).Semasa pendudukan Jepun pada tahun 1941 hingga 1945, tidak terdapat sebarang rekodrasmi yang mencatatkan mengenai perkembangan PTV. Akan tetapi tahukah anda bahawakursus-kursus bercorak teknik telah dimulakan dan diperkenalkan di Sekolah-sekolah Teknikdan Sekolah-sekolah Ketukangan yang ada pada masa itu. Seterusnya tahukah anda bilakah Maktab Perguruan Teknik ditubuhkan? Apakah tujuan penubuhannya?Setelah Tanah Melayu merdeka, para pemimpin terus berusaha menyusun satu pendidikankebangsaan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum bagi membina satu kebangsaanmencapai integrasi nasional. Pendidikan jika dilihat, ia menjadi satu yang berkesan sertaberupaya mencapai hasrat kerajaan. Hasrat ini bertambah kuat dengan kemunculan Laporan 14
- 15. Pendidikan 1956 yang dikenali sebagai Laporan Razak 1956. Laporan ini julung kali dalamsejarah Persekutuan Tanah Melayu memperkenalkan satu pendidikan kebangsaan.Pada era kemerdekaan, hasil Laporan Razak 1956 dan Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1960(Laporan Rahman Talib) mencadangkan pembinaan lapan buah Sekolah Ketukangan LuarBandar dengan nama Sekolah Lanjutan Kampung. Objektif penubuhannya adalah sepertiberikut:- a. Menampung keperluan industri yang memerlukan tenaga kerja separa mahir dalam beberapa industri kecil yang pesat berkembang ketika itu. b. Memenuhi kehendak ibu bapa yang mahu anak mereka diajar mata pelajaran teknik. c. Memenuhi kehendak cadangan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 mengenai Sistem Pendidikan Aneka Jurusan (Comprehensive Education System)Pada tahun 1960-an, Sekolah Pelajaran Lanjutan diperkenalkan untuk menyediakan tempatbagi pelajar yang gagal peperiksaan ‘Malayan Secondary School Entrance Examination’.Sekolah Lanjutan dikatakan kurang kerana kekurangan kemudahan kelengkapan bengkel.Rentetan dari itu maka pendidikan kita bertukar menjadi Sistem Pelajaran Aneka Jurusan padatahun 1965.Pada Tahun 1965, kesemua 19 buah Sekolah Lanjutan Kampung telah dijadikan SekolahMenengah Rendah untuk melaksanakan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan yang menawarkanmata pelajaran Seni Perusahaan sebagai mata pelajaran pilihan. Tahukah anda bahawa Sekolah Lanjutan Kampung di Butterwoth, Alor Gajah dan Pengkalan Chepa telah dijadikan SMV pada tahun 1966 – 1970? Sila layari internet untuk mendapatkan lebih maklumat mengenainya.Jika kita lihat, pendidikan aneka jurusan ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri iaitu;
- a. Semua pelajar diberi 9 tahun pendidikan di mana 6 tahun pendidikan sekolah rendah dan 3 tahun pendidikan sekolah menengah rendah dan 1 tahun dalam kelas peralihan jika perlu.
- b. Kenaikan darjah selepas 6 tahun pendidikan rendah secara automatik dan diberi pendidikan lanjutan selama 3 tahun sebagai tingkatan peralihan, tingkatan 1, 2 dan 3 tanpa perlu menduduki sebarang peperiksaan.
- c. Dari tingkatan 1 hingga 3, pelajar diberi pendidikan am dan pendidikan pra vokasional di mana mereka perlu mengikuti satu mata pelajaran teras dan satu mata pelajaran pravokasional, sama ada mata pelajaran Sains Pertanian atau Pengajian Perdagangan atau Sains Rumahtangga (pelajar perempuan) atau Seni Perusahaan (pelajar lelaki).
- d. Selepas 9 tahun di bangku sekolah, pelajar akan menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) untuk membolehkan mereka meneruskan pelajaran sama ada dalam pendidikan akademik, teknik atau vokasional berdasarkan keputusan SRP.Jika kita lihat pada tahun 1950-an dahulu, ekonomi negara mula beralih daripada berasaskan pertanian kepada perindustrian.
- Tujuannya adalah untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan objektif serta hasrat kerajaan boleh dicapai melalui kedua-dua sektor pertanian danperindustrian. Maka pada tahun 1960-an, terdapat banyak perkembangan menarik di sektor pertanian, perdagangan dan perindustrian. Ia disokong dengan suasana politik yang stabil danharmoni, bahan mentah amat banyak dan sumber tenaga muda yang sedia ada, negara kitamenjadi tempat yang selamat untuk pelaburan.Sehubungan dengan itu kerajaan mengambil langkah positif untuk menekankan pendidikanteknik dan vokasional di semua peringkat. Bertitik tolak dari situlah wujudnya struktur latihanbercorak serampang tiga mata iaitu;
- a. Institusi Vokasional – melatih pekerja mahir dan separa mahir
- b. Politeknik – melatih juruteknik
- c. Universiti – melatih jurutera
- Rentetan pelaksanaan Sistem Aneka Jurusan (1965) mulai tahun 1968, pendidikan menengahrendah telah diubahsuai dengan memberi keutamaan kepada pelajar lulusan SRP dapat
- 17. meneruskan persekolahan ke Tingkatan Empat. Para pelajar ini diserap masuk ke dua jenisaliran pendidikan mengikut kelayakan dan pilihan masing-masing iaitu; a. Pendidikan Am dan Teknikal b. Pendidikan Vokasional
- Permintaan bagi pendidikan ini semakin mencabar kerana kos pembinaan sesebuah SMV sahaja menelan belanja antara 16 hingga 20 juta ringgit. Sedangkan pembinaan sebuah politeknik di anggarkan berjumlah tiga atau empat kali ganda. Sudah pasti pada jangka masapanjang, negara tidak sanggup melabur dalam dalam pendidikan ini kalau masa depannya tidakcerah dan ia tidak akan memberi apa-apa faedah kepada negara atau masyarakat. Pendidikanbercorak teknik dan vokasional mampu melahirkan sebuah masyarakat baru yang berilmu,berkemahiran serta berdaya maju dan mencerminkan aspiasi Wawasan 2020. Dapatkan maklumat seterusnya dalam buku Yahya Emat, (1996). Pendidikan Teknik dan Vokasional Di Malaysia. Selangor: IBS Buku Sdn. Bhd.; 2-96.
- 2.2 Akta-akta Pendidikan yang berkaitan dengan PTVTahukah anda, terdapat berapakah akta pendidikan yang berkaitan dengan Pendidikan PTV dalam sistem pendidikan di Malaysia? Bagaimanakah kesan akta pendidikan berkenaan kepada perkembangan sistem Pendidikan PTV di Malaysia? Mari kita bincangkan mengenai akta-akta pendidikan yang berkaitan dengan PTV di bawah.
- a. Jawatankuasa LEMON (1918) Sekolah Teknik Treacher > Maktab Teknik > Institut Teknologi Kebangsaan > UTM 17
- b. Jawatankuasa WINSTEDT (1925) Sekolah Ketukangan o Tidak mendapat sambutan dan Sindrom ‘Kolar Biru’Jom kita teliti lima jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah pendidikan selepaskemerdekaan, iaitu: 1.
- Laporan Barnes (1950)
- a. Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes.
- b. Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat keduclukan clan memperbaiki pendidikan orang Melayu.
- c. Terdapat beberapa cadangan di dalam
- Laporan Barnes ini, iaitu:
- i. Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.
- ii. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa pengantar.
- iii. Pelajaran bahasa Cina clan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.
- iv. Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu.
- d. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes.
- Antaranya ialah:
- i. Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
- ii. Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan.
- Di mana sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.
- 2. Laporan Fenn-Wu (1951)
- a) Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).
- b) Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina.
- c) Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952).
- d) Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu.
- Antaranya ialah:
- i. Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil, dan bahasa kebangsaan juga diadakan.
- ii. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan.
- iii. Sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.
- 3. Ordinan Pelajaran (1952)
- a) Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu
- b) Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran (1952). Sekolah Kebangsaan - corak sistem persekolahan kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.
- c) Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga.
- d) Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak menjadi kenyataan disebabkan masalah kewangan.
- 4. Penyata Razak (1956)
- a) Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956). 19
- b) Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 c) Tujuan Penyata Razak adalah:-
- i. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah
- ii. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu
- iii. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan
- iv. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.
- v. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan
- vi. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan progresif
- vii. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan
- Hasil kajian jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan Razak yang dikemukakan pada bulan April 1956.
- Berikut ialah kandungan Laporan Razak:
- 1. Sekolah Rendah
- a. Sekolah rendah dibahagikan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar.
- b. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran wajib.
- c. Murid keturunan Cina dan Tamil di sekolah aliran Inggeris diberi peluang mempelajari bahasa ibundanya jika ada 15 orang atau lebih murid ingin belajar.
- d. Guru-guru mestilah mempunyai Sijil Sekolah Menengah Rendah dan mendapat latihan sepenuh masa setahun dan separuh masa 2 tahun. 20
- 2. Sekolah Menengah
- a. Sekolah menengah dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu sekolah menengah rendah (3 tahun), sekolah menengah atas (2 tahun) dan pra-U (2 tahun).
- b. Satu jenis sekolah menengah sahaja yang Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib.
- c. Terbuka kepada semua kaum dan menggunakan sukatan yang sama. d. Bagi memasuki sekolah menengah, mesti lulus peperiksaan memasuki sekolah menengah.
- 3. Sistem peperiksaan
- a. Sekolah Menengah Rendah Peperiksaan di peringkat Tingkatan 3 (peperiksaan bersama) dan mesti lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP/LCE) bagi memasuki sekolah menengah atas.
- b. Sekolah menengah atas Peperiksaan bersama di Tingkatan 5 untuk memperolehi Sijil Persekutuan Tanah Melayu yang sama taraf dengan Cambridge Overseas Certificate.
- c. Pra-U Peperiksaan di Pra-U tahun kedua untuk memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran (STP/HSC) untuk memasuki universiti.5.
- LAPORAN RAHMAN TALIB (1960)Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi mengkaji semulaperlaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah bagi mewujudkan satu sistempendidikan kebangsaan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Abdul Rahman bin Haji Talib.
- Beberapa syor telah dikemukakan:
- 1. Bahasa kebangsaan 21
- a. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.
- b. Peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa Melayu.
- c. Semua calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum masuk ke sekolah menengah.
- 2. Kelas peralihan Kelas peralihan diadakan bagi pelajar dari SRJK(C) dan SRJK(T) yang ingin bertukar ke sekolah menengah aliran Melayu atau Inggeris.
- 3. Kenaikan automatik
- a. Kenaikan darjah secara automatik di semua sekolah rendah dan sekolah menengah bantuan kerajaan.
- b. Peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan secara automatik iaitu 6 tahun sekolah rendah dan 3 tahun sekolah menengah rendah.
- c. Pelajaran percuma kepada semua sekolah rendah tanpa mengira bahasa pengantarnya.
- 4. Matapelajaran akhlak
- a. Murid beragama Islam – Pendidikan Islam.
- b. Murid bukan beragama Islam – Pendidikan Moral.
- 6. LAPORAN JAWATANKUASA KABINET (1979)
- a) sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai.
- b) Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979c) Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut:
- i. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama;
- ii. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah;
- iii. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;
- iv. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
- v. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu;
- vi. Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;
- vii. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman;
- viii. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;
- ix. Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978;
- x. Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan;
- xi. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin;xii. Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan
- xiii. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain. Jika kita teliti, kita akan dapati bahawa di samping strategi ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak. Di Kementerian/Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini. Di antaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum. Tingkatkan maklumat anda, sila rujuk buku yang dikarang oleh Abdul Malek Mohamad. Perkembangan Pendidikan di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila layari internet untuk mendapatkan maklumat lanjut;
- http://pmr.penerangan.gov.my
- Aktiviti 2 Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.
- Pengenalan Mata pelajaran KHSR merupakan satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar dalam TahapII. Mata pelajaran ini digubal untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan. Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaankemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dankeusahawanan.Kurikulum ini masih menuju ke arah memperkembangkan potensi dan kebolehan murid dalamkemahiran teknologi, kecenderungan mereka cipta dan semangat keusahawanan. Kemahiranasas yang sedemikian dapat digunakan sepenuhnya untuk membolehkan murid berdikari danyakin diri serta mampu menjalani kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi danekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah. Murid juga digalakkan mengambil inisiatif danmerebut peluang yang ada secara bijak, kreatif dan inventif.MasalahApakah kesan pelaksanaan mata pelajaran KHSR dalam membantu murid memperolehikemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya merekadapat menjalankan kerja-buat-sendiri, mereka cipta dan cenderung berusahaniaga sertamengamalkan sikap serta budaya kerja yang baik?TugasanAnda perlu kenalpasti bagaimanakah mata pelajaran KHSR ini boleh menyumbang kepadaperkembangan PTV di Malaysia? Anda perlu meneliti sukatan pelajaran KHSR danmengenalpasti elemen yang diperlukan bagi pelaksanaan mata pelajaran PTV di peringkatmenengah rendah ataupun menengah atas. Bincangkan perkaitan di antaranya. Kumpulkantugasan dalam folio dan kompilasikan softcopy dalam satu CD. 25
- 26. TAJUK 3 Falsafah dan Dasar PTV serta Perkaitannya Dengan RBTSinopsisMemperkenalkan konsep dan asas falsafah PTV, dasar PTV dan perkaitannya dengan RBT;Falsafah Sekolah Ketukangan dan Falsafah Pendidikan Vokasional.Hasil Pembelajaran: 1. Mengenal pasti konsep asas dan falsafah PTV; 2. Menjelaskan dasar PTV dan perkaitannya dengan RBT; 3. Menjelaskan Falsafah Sekolah Ketukangan; 4. Menerangkan falsafah Pendidikan Vokasional.Kerangka Konsep Tajuk 3 Konsep dan Asas Falsafah PTV Dasar PTV dan perkaitannya dengan RBT Falsafah dan Dasar PTV serta Perkaitannya Dengan RBT Falsafah Sekolah Ketukangan Falsafah Pendidikan Vokasional 26
- 27. 3.1 Konsep dan Asas Falsafah PTV Apakah yang akan terjadi apabila program KHSR tidak mempunyai konsep dan asas falsafah PTV yang kukuh? Berikan pandangan anda.Kita semua ketahui bahawa tanpa konsep dan falsafah yang kukuh akan menyebabkan setiapprogram yang dirancang akan menjadi kabur, tiada matlamat yang jelas dan sudah pastipelaksanaannya akan terkeluar dari landasan yang sepatutnya. Pembentukan program PTVkebanyakannya menggunakan prinsip sebagai konsep asasnya.3.1.1 Konsep Asas PTVFalsafah, prinsip dan polisi adalah penting bagi PTV. Ketiga-tiga elemen tersebut harus wujuddalam satu hubungan yang harmoni dan searah. Tidak wajar untuk dikatakan bahawa prinsipadalah lebih penting daripada falsafah ataupun polisi walaupun sejarah awal pembentukanprogram PTV memaparkan penggunaan prinsip sebagai konsep asas.Prinsip menjadi konsep asas kepada pembentukan program PTV kerana ‘orangteknikal/vokasional’dikenal sebagai individu yang praktikal.Kita dikenali sebagai pengamal(practitioners) yang lebih mementingkan amalan daripada daripada teori. Falsafah pada ketikaitu dianggap sebagai aktiviti abstrak yang tidak diperlukan untuk membentuk programsementara polisi berperanan sebagai asas bagi membina matlamat dan tujuan program.Sejarah juga telah membuktikan kepentingan dan peranan prinsip, falsafah dan polisi dalamPTV. Pembentukan paradigma untuk PTV memerlukan falsafah yang koheren dan selaridengan prinsip serta polisi.Konsep asas yang sama terus dijadikan landasan bagi pembentukan prinsip yang baru. Adajuga konsep asas yang diubah bersesuaian dengan kehendak semasa ataupun digugurkansebagai teorem atau prinsip. 27
- 28. Ini adalah kerana sudah menjadi prinsip bidang teknikal/vokasional mengutamakan amalanberbanding teori. Falsafah dianggap sebagai aktiviti abstrak yang tidak diperlukan bagimembentuk program. Sementara polisi menjadi asas bagi membina matlamat dan tujuanprogram. Sejarah juga telah membuktikan bahawa prinsip, falsafah dan polisi dalam PTVmemainkan peranan yang penting bagi memastikan kejayaan sesebuah program yangdirancang. “Falsafah boleh didefinisikan sebagai satu rangka konsep untuk mensintesis dan menilai satu sistem nilai yang menjadi asas membuat keputusan bagi membentuk masa hadapan PTV." (Miller, 1985)Istilah “falsafah” berasal dari perkataan Yunani,”phileosophic” .Phileo bermakna “mencintai” dansophic bermakna “hikmah”. Oleh itu falsafah bermaksud mencintai hikmah. Hikmah pulamempunyai unsur-unsur nilai, pengetahuan, kematangan, pandangan jauh, dan basirah(insight). Peranan falsafah melihat manusia dan alam sejagat secara bersepadu danmewujudkan hubungan yang sempurna antaranya melalui hikmah. Falsafah memberi arahmanusia untuk memilih matlamat, tujuan dan kaedah untuk mencapai matlamat tersebut.terdapat empat ciri-ciri berfikir seseorang ahli falsafah iaitu:- a) Berfikir dengan menggunakan pemikiran aras tinggi b) Berfikir secara sistematik. c) Menyusun sesuatu skema konsep; dan d) Berfikir secara menyeluruh.Pendidikan berupaya mengembangkan potensi manusia ke arah pendidikan yang universal.pendidikan bertujuan menyediakan pelajar yang seimbang dari aspek jasmania, emosi, rohanidan intelektual. maka terdapat tiga bidang falsafah iaitu; a. Ontologi – teori kewujudan yang meliputi aspek kewujudan masa esa, manusia dan alam. 28
- 29. b. Epistemologi – teori ilmu yang meliputi aspek apakah ilmu, sumber ilmu, pembahagian ilmu, dan peranan ilmu. c. Aksiologi – teori nilai yang meliputi aspek nilai,sumber nilai, pembahagian nilai dan peranan nilai.3.1.2 Falsafah Pendidikan VokasionalPendidikan Vokasional boleh ditakrifkan dengan dua pengertian. Secara umum ”PendidikanVokasional adalah sebarang pendidikan pada mana-mana peringkat yang cuba menyediakanmanusia untuk kerjaya-kerjaya tertentu (spesifik) dalam bidang-bidang tertentu.Dalam takrifan yang luas ini, mereka yang melengkapkan diri dengan profesion-profesionseperti perubatan, kejuruteraan, undang-undang dan kursus-kursus pengajian tinggi yang lainboleh dikategorikan dalam pendidikan vokasional. Untuk kegunaan harian, takrifan ini terlaluluas dan sememangnya yang muktahir.Jelasnya pendidikan vokasional bererti “sebarang bentuk pendidikan yang dirancang khasdengan tujuan utama untuk menyediakan manusia dalam bidang pekerjaan sosial yangberfaedah yang tidak memerlukan sekeping ijazah dan untuk membantu pekerja-pekerjamengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran mereka supaya dapat meneruskan pekerjaan-pekerjaan yang tidak memerlukan kelayakan ijazah.3.2 Dasar PTV dan perkaitannya dengan RBTMalaysia telah menyambut kemerdekaan yang ke 51 pada tahun 2008. Jika kita imbas kembaliera sebelum merdeka dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran dikalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistempendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi 29
- 30. memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran ini maka lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran)Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957.Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan LaporanRahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961.Kemudian sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam Tahun 1974 untuk mengkajisemula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamatuntuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhikeperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. LaporanJawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.Jika diteliti, objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan dinyatakan dalam pendahuluan AKTAPELAJARAN 1961 adalah seperti berikut: “Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya...” Fikirkan bagaimanakah perkaitannya dengan RBT? Bincangkan.3.3 Falsafah Sekolah KetukanganKita ketahui bahawa falsafah mewakili andaian dan spekulasi mengenai aktiviti manusia. Jikadilihat secara terperinci, falsafah berfokuskan realiti, kebenaran dan nilai. Jika diimbas kembalisejarah sistem pengajian Teknik dan Vokasional negara bermula dengan penubuhan SekolahTeknik Treacher di Kuala Lumpur untuk melatih juruteknik Jabatan Keretapi dan Jabatan KerjaRaya pada tahun 1906. Sejak tarikh itu, Pendidikan Teknik dan Vokasional negara telahmelalui beberapa fasa perubahan dan perkembangan seiring dengan kemajuan teknologi padamasa tersebut. Pendidikan Teknik dan Vokasional telah bermula seawal tahun 1926 denganpenubuhan Sekolah Ketukangan yang pertama dan telah berkembangan seiring dengan 30
- 31. kemajuan teknologi bagi memenuhi keperluan sumber tenaga kerja dan meningkatkan statusekonomi negara.Pada tahun 1964, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Kementerian PelajaranMalaysia telah ditubuh dan dipertanggungjawabkan untuk mempromosikan pendidikan Teknikdan Vokasional. Bahagian ini seterusnya diberi status jabatan dan dinamakan JabatanPendidikan Teknikal (JPTek) pada tahun 1995. Selain merangka polisi, jabatan baru ini jugabertanggungjawab menentukan halatuju pendidikan teknikal dan vokasional selaras denganprogram pengindustrian dan modenisasi negara. Setelah meneliti penubuhan sekolah ketukangan, apakah falsafah sekolah ketukangan? Fikirkan sejenak…. Bincangkan bersama rakan anda.3.4 Falsafah Pendidikan VokasionalKita sedar bahawa falsafah adalah penting terutamanya dalam Pendidikan Vokasional kerana iaboleh dijadikan pegangan dan panduan untuk hala tuju, asas untuk membentuk tujuan,matlamat dan objektif Pendidikan Vokasional. Di samping strategi pelaksanaan dalam DasarPendidikan Kebangsaan dapat memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan jugamendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak.Di Kementerian/Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang meliputiperkara-perkara yang dibangkitkan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkanatau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini. Di antaranyatermasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, BahagianPelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, MajlisSukan Sekolah-sekolah Malaysia, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, BahagianPerkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum. 31
- 32. 3.4.1 Kepentingan Falsafah dalam PTVFalsafah mewakili andaian dan spekulasi yang dibuat mengenai aktiviti manusia dan dunia.Secara spesifik, falsafah berfokus pada realiti, kebenaran dan nilai. Oleh itu falsafah yangdinyatakan dalam bentuk pernyataan merupakan pernyataan andaian asas mengenai realiti,kebenaran dan nilai.Maka untuk membentuk falsafah atau world view iaitu cara untuk melihat dunia, kita mestibersikap sebagai seorang ahli falsafah. Kita perlu bertanya soalan yang sesuai berkaitan realiti,kebenaran dan nilai. Falsafah didefinisikan sebagai satu rangka konsep untuk mensintesis dan menilai yang mewakili satu sistem nilai yang menjadi asas untuk membuat keputusan yang akan membentuk masa depan PTVFalsafah adalah penting kepada setiap indvidu yang terlibat dengan PTV. Falsafahmenyediakan satu rangka yang boleh digunakan untuk memikirkan tentang PTV. Falsafah jugaturut menjadi panduan untuk amalan, membantu dalam keputusan mengenai perkembanganprogram, pemilihan aktiviti pembelajaran, kurikulum, matlamat dan penggunaan sumber. Prinsipbukan falsafah dan tidak bersifat seperti falsafah. Prinsip hanya menyediakan arah yang jelasuntuk pembentukan falsafah.Implikasi aliran falsafah Progresivisme, Pragmatisme, Rekonstruktivisme dan Eksistensialismedi dalam PTV boleh kita bincangkan bersama. Jika kita lihat, Pragmatisme merupakan salahsatu falsafah moden yang wujud dari aliran pemikiran tradisional idealisme dan realisme.manakala Progresivisme dan Rekonstruktivisme memperkembangkan ciri-ciri pendidikanPragmatisme dalam aspek peranan kurikulum. 32
- 33. 3.4.2 Implikasi Aliran Falsafah Pragmatisme dalam PTVPerkataan Pragmatisme berasal dari perkataan Greek iaitu pragma yang bermaksud kerja dimana ia merupakan satu kaedah mengatur dan mengurus perkara yang harus dilakukan olehseseorang individu. Dari aspek falsafah, ia merupakan pembinaan kehidupan manusia danmencari keperluan. Jika kita kaitkan dengan pandangan ahli-ahli Pragmatisme ini, merekamenganggap bahawa idea manusia mengenai alam adalah neutral. Manusia haruslahmenerima perubahan, maka cara dan matlamat pendidikan mestilah fleksibel dan terbuka.Pendidikan mempunyai matlamat untuk memajukan manusia dan cara adalah bagaimanamanusia melaksanakannya untuk mencapai matlamat berkenaan. Realiti mestilah dicapai olehmanusia yang berinteraksi dengan alam sekeliling.Aliran ini amat sesuai dengan falsafah PTV kerana is bertujuan melahirkan para pelajar yangdapat menguasai kemahiran hasil penjelmaan daripada pengetahuan yang telah merekapelajari. Jika kita lihat, dalam falsafah PTV memberi penekanan kepada outcome tertentu.sebagai contohnya, pelajar mempelajari teori teknologi pembuatan. Dalam kontekspragmatisme, setelah pelajar itu mempelajarinya, pelajar akan dapat menyelesaikan masalah-masalah ataupun soalan-soalan yang diberikan oleh guru.Seterusnya diharapkan pelajar dapat menghasilkan projek rekacipta. Antara teknikpenyelesaian masalah yang digunakan dalam PTV ialah teknik Problem Based Learning (PBL),sumbangsaran, ujikasi dan lain-lain. Teknik ini dapat melahirkan pelajar yang berkemahirantinggi dan menguasai ilmu pengetahuan secara menyeluruh.Jika kita kaji secara keseluruhannya, terdapat empat elemen dalam PTV yang mempunyaiimplikasi daripada falsafah pragmatisme ini iaitu:- a) Guru Guru merupakan ketua projek penyelidikan Penyertaan secara menyeluruh dalam membina ilmu Guru akan mengentengahnya masalah dan beberapa penyelesaian masalah Menggalakkan pelajar menyelesaikan masalah 33
- 34. b) Sekolah Implikasinya sekolah akan dilengkapkan dengan prasarana untuk membolehkan pelajar menjalankan amali ataupun ujikaji.c) Pelajar Pelajar akan belajar perkara baru dan yang diminati sahaja. Mereka akan belajar mengenai alam sekeliling kerana pelajaran berkenaan akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Hasil aplikasi falsafah ini dalam PTV, para pelajar akan mendapat pendedahan bagaimana menyelesaikan masalah secara bijak dan teknik-teknik penyelesaian masalah yang sesuai mengikut jenis masalahnya.d) Kurikulum Kurikulum turut menerima impak daripada falsafah pragmatisme dalam PTV ini. sebagaimana yang kita maklum, pendidikan merupakan satu kehidupan. Maka kurikulum perlu dikaitkan dengan masalah semasa yang perlu diselesaikan oleh pelajar seterusnya masyarakat. Maka tidak hairanlah jika pada masa kini terdapat pelbagai mata pelajaran yang berkaitan dengana kehidupan sebenar pelajar. Sebagai contohnya, mata pelajaran Makanan dan Pemakanan banyak menerangkan cara pemakanan yang sihat serta keperluan kepada kehidupan manusia. Kurikulum mestilah mengandungi pelbagai pengalaman, maka kurikulum mestilah mengikuti perkembangan semasa bagi melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran semasa dalam PTV. 34
- 35. 3.4.3 Implikasi Aliran Falsafah Progresivisme dalam PTVFalsafah ini dibentuk oleh John Dewey pada abad ke 20 untuk tujuan pendidikan. Falsafah inimengatakan objektif pendidikan tradisional tidak sesuai pada zaman moden. Fahaman iniberfokuskan kepada masyarakat masa kini. Progresivisme bertujuan memberi kemahiran danalat yang diperlukan kepada individu untuk berinteraksi dengan persekitaran yang sentiasaberubah. Alat ini merupakan kemahiran penyelesaian masalah di mana pelajar bolehmenggunakannya untuk mengenalpasti, menganalisa dan menyelesaikan masalah dalam matapelajaran seperti Matematik Moden, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan dan lain-lainlagi.Kurikulum di sekolah mahupun di institusi pendidikan telah dibangunkan berdasarkanpengalaman sosial dan personal pelajar. Ahli progresivisme menyatakan bahawa pendekataninduktif merupakan pendekatan yang sesuai digunakan bagi perkara yang berkaitan denganalam semulajadi. Guru tidak perlu memberi penerangan secara am atau terperinci terhadapsesuatu subjek tetapi pelajar dapat membentuk penerangannya sendiri. Ini jelas kita lihatapabila pelajar membentangkan hasil tugasan mereka. Tugasan yang diberi itu merupakantajuk-tajuk yang perlu di ajar oleh guru di dalam kelas. Pendekatan induktif ini sangat sesuaidilaksanakan bagi memastikan pelajar lebih memahami subjek tersebut. Secara tidak langsung,idea-idea baru berkenaan subjek berkenaan boleh dikongsi bersama dengan rakan mereka.Cuba kita perhatikan PTV, proses pendidikan tidak hanya berfokuskan kepada kepada bukusahaja sebagai sumber maklumat tetapi teknologi maklumat turut menyumbang kepadanya.Bagi PTV, pelbagai e-nota dan e-jurnal telah dapat pelajar capai menerusi internet. Penilaianguru juga turut berubah corak di mana ia tidak lagi hanya bergantung kepada penilaian sumatifatau formatif semata. Guru boleh menilai penglibatan pelajar di dalam kelas, tugasan yangdiberikan, penganjuran program oleh pelajar, kuiz dan pelbagai lagi. Kebanyakan teknik-teknikini telah digunapakai di peringkat sekolah rendah lagi.Golongan falsafah Progresivisme ini menyatakan bahawa kurikulum perlu merujuk kepadakeperluan dan perkembangan semasa. Rentetan itu kita dapati bahawa kurikulum PTV wujudhasil dari falsafah ini di mana ia tidak terbatas kepada keperluan masa lampau sahaja. Parapelajar diberi kebebasan mempelajari pelbagian disiplin ilmu dan kemahiran yang diminati untukmempertingkatkan perkembangan jasmani, emosil, rohani dan intelektual mereka. Guru 35
- 36. berperanan sebagai fasiliatator atau pemudahcara. Guru ini lebih sabar, fleksibel, kreatif,inovatif serta bijak. Sekolah sepatutnya tidak mengajar sebarang prinsip tetap kepada pelajartetapi sebaliknya berperanan untuk menyediakan pelajar supaya dapat menyesuaikan diridengan keadaan yang berubah.3.4.4 Implikasi Aliran Falsafah Rekonstruktivisme dalam PTVAhli falsafah Rekonstruktivisme mempercayai bahawa sekolah boleh menjadi institusipembentukan semula masyarakat dan agen perubahan sesuatu masyarakat (Van Scottes, Kraftdan Haas, 1979). Falsafah ini memberi penekanan terhadap penwujudan masyarakatdemokratik dan berfikiran kritis. Guru memainkan peranan yang penting dalam mendidikmasyarakat supaya dapat menerima, mengaplikasikan dan berfikiran demokrasi. Kesandaripada falsafah Rekonstruktivisme ini dalam falsafah PTV, guru bukan sahaja bertindaksebagai penyampai pengetahuan malah bertanggungjawab untuk menyampaikan danmencadangkan kepada pelajarnya untuk membentuk masyarakat demokrasi.Guru sebagai pemangkin kepada pelajarnya untuk berfikiran ke hadapan, mampu menguruskandiri dan mampu membimbing pelbagai aktiviti pembelajaran secara berterusan. Gurudigalakkan membina dan memupuk bakat yang ada pada diri mereka. Ia berfokuskan ke arahpembelajaran yang aktif dalam penyelesaian masalah. Guru juga merupakan agen perubahandan pembaharuan sosial serta kebudayaan dalam masyarakat. Implikasinya ia akanmembentuk sebuah masyarakat berkemahiran yang unggul.Aliran Rekonstruktivisme memberi penekanan yang penting kepada institusi pendidikan disemua peringkat iaitu bermula dari peringkat sekolah, politeknik, kolej komuniti, kolej universiti,dan universiti. Matlamatnya adalah untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi secarasistematik dan terancang. Jika kita lihat dari aspek sistematik, ia melibatkan kaedah, matlamat,outcome dalam menghadapi cabaran sains dan teknologi secara global pada masa kini.Rentetan dari itu maka wujudlah pelbagai institusi PTV seperti Kolej Komuniti, Politeknik, KolejUniversiti yang bersifat teknikal. Penwujudan Institusi Kemahiran MARA, Pusat Giat MARA,Institut Latihan Petronas (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan lain-lain pusatlatihan bertauliah di Malaysia. 36
- 37. 3.4.5 Implikasi Aliran Falsafah Eksistensialisme dalam PTVEksistensialisme bersifat terlalu individualistik dan bergantung kepada faktor-faktor subjektifseperti intuisi, renungan kendiri, penghayatan emosi dan perasaan individu. Falsafah iniberasaskan naturalisme bermazhabkan humanis berfokuskan kepada kewujudan manusiaberkaitan dengan individu bagi pembentukan diri sendiri. Individu berkenaan akanbertanggungjawab terhadap diri sendiri dan bebas menentukan arah hidupnya. Guru mestilahmenghormati pelajar dan pelajar mestilah menghormati kebebasan yang diberikan oleh guru.Falsafah Eksistensialisme ini telah menaik tarafkan PTV menjadi salah satu pendidikan yangpenting dalam membangunkan sesebuah masyarakat seterusnya memenuhi keperluan tenagakerja negara. Masyarakat yang menguasai pendidikan PTV ini akan dapat membangunkanmasyarakat ke arah yang lebih pembinaan negara bangsa yang cemerlang. Ini dapat kita lihatdengan pembinaan Empangan Saad di Baghdad, secara tidak langsung mampu menjanapembangunan ekonomi di negara tersebut.Manakala jika kita lihat penerokaan angkasa lepas oleh angkasawan negara yang lalu menjadiindikator kepada pembangunan pendidikan PTV dalam bidang kejuruteraan telekomunikasidunia. Kemajuan pengetahuan kejuruteraan telekomunikasi ini telah melahirkan pelbagairekabentuk dan teknologi telefon mudah alih yang turut menyumbang kepada pembangunanperhubungan, ekonomi, sosial, politik dan keselamatan kepada masyarakat. Ini jelasmenunjukkan bahawa aliran falsafah Eksistensialisme ini mampu membawa perubahan yangbesar kepada masyarakat. Tingkatkan maklumat anda, sila rujuk buku yang dikarang oleh Abdul Malek Mohamad. Perkembangan Pendidikan di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila layari internet untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai falsafah pragmatisme, progresivisme, rekonsruktivisme dan eksistensialisme. 37
- 38. Aktiviti 3 Sila tandakan √ pada pernyataan yang benar dan tandakan X pada pernyataan yang salah pada ruangan yang disediakan di bawah. Anda diberikan masa selama 10 minit untuk menjawab semua soalan yang dikemukakan.1. Falsafah dianggap sebagai aktiviti abstrak yang tidak diperlukan bagi membentuk sesuatu program.2. Seseorang ahli falsafah akan berfikir secara menyeluruh dan sistematik dengan mengambilkira semua aspek yang melibatkan fahaman mereka.3. Pendidikan Vokasional akan menyediakan manusia untuk kerjaya-kerjaya tertentu (spesifik) dalam bidang-bidang tertentu sahaja.4. Falsafah PTV memberi penekanan kepada outcome tertentu sahaja.5. Aplikasi falsafah rekonstruktivisme dalam PTV akan menjadikan para pelajar bijak menyelesaikan masalah dan boleh memilih dan mengaplikasikan teknik-teknik penyelesaian masalah yang sesuai mengikut jenis masalahnya6. Para pelajar diberi kebebasan mempelajari pelbagian disiplin ilmu dan kemahiran yang diminati untuk mempertingkatkan perkembangan jasmani, emosil, rohani dan intelektual mereka dalam falsafah eksistensialisme7. Guru mestilah menghormati pelajar dan pelajar mestilah menghormati kebebasan yang diberikan oleh guru bagi ahli fahaman eksistensialisme.8. Guru boleh menilai penglibatan pelajar di dalam kelas, tugasan yang diberikan, penganjuran program oleh pelajar, kuiz dan pelbagai lagi teknik mengikut fahaman ahli falsafah progresivisme. 38
- 39. TAJUK 4 FUNGSI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONALSinopsisMembincangkan mengenai fungsi PTV dari aspek peranan dan fungsi PTV dalam konteksindividu, sosial dan ekonomi; sorotan laporan kajian mengenai PTV dan menilaikeberkesanannya; kreativiti dalam penagajaran dan pembelajaran RBT; ciri-ciri kualiti dalampengajaran dan pembelajaran; dan aplikasi literasi, 3M dan ICT dalam RBT.Hasil Pembelajaran: 1. Menerangkan peranan dan fungsi PTV dalam konteks individu, sosial dan ekonomi; 2. Mengenal pasti sorotan kajian mengenai PTV dan dapat menilai keberkesanan kajian berkenaan; 3. Menjelaskan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran RBT; 4. Mengenal pasti ciri-ciri kualiti pengajaran dan pembelajaran; dan 5. Menjelaskan aplikasi literasi, 3M dan ICT dalam RBTKerangka konsep tajuk 4 Peranan dan Fungsi PTV Dalam Konteks Individu, Sosial dan Ekonomi Sorotan Laporan Kajian Mengenai PTV dan Menilai Keberkesanannya FUNGSI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran RBT Ciri-ciri Kualiti dalam Pengajaran dan Pembelajaran Aplikasi literasi, 3M, dan ICT dalam RBT 39
- 40. 4.1 Peranan dan Fungsi PTV Dalam Konteks Individu, Sosial dan Ekonomi Tahukah anda peranan dan fungsi Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam sistem pendidikan di negara kita?Pendidikan berperanan membentuk modal insan yang mahir, harmonis, cekap, berketrampilan,beretika, berilmu dan beriman, berkebolehan, berfikiran terbuka, kreatif dan inovatif, bijakmencari dan menggunakan maklumat yang diperoleh, serta memiliki ciri-ciri seorangkeusahawanan. Dalam konteks negara kita, pendidikan diharapkan dapat melahirkan seoranginsan berketrampilan seperti yang dicitrakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Peningkatan bilangan murid dalam aliran pendidikan teknik dan vokasional berlaku disebabkanoleh kesedaran masyarakat, ibu bapa dan murid sendiri mengenai kepentingan pekerjaan yangmempunyai kemahiran vokasional dan teknikal serta kepentingannya terhadap permintaanpasaran kerja yang ada kaitannya terhadap keperluan untuk pembangunan ekonomi negara.Pada era globalisasi yang penuh cabaran di mana ilmu tersebar luas dan datang dari pelbagaipunca, negara memerlukan modal insan yang bukan sahaja memiliki pengetahuan sahaja,tetapi mereka juga perlu mempunyai kemahiran, baik dari segi teknikal dan juga dari segisoft skill iaitu pandai berbahasa, berkomunikasi, kreatif dan berpandangan jauh agar merekaboleh bersaing dengan negara lain.Peranan dan fungsi pendidikan teknik dan vokasional dalam konteks individu: Membangunkan personaliti dan tingkahlaku serta membentuk nilai-nilai spiritual, nilai- nilai kemanusiaan, dan kemahiran berfikir secara harmoni; Menyediakan pembelajaran individu sepanjang hayat melalui pembangunan alat-alat berfikir yang diperlukan, sikap, kemahiran keusahawanan dan teknikal; Membangunkan kapasiti membuat keputusan dan kemahiran kerja berpasukan serta kepimpinan di tempat kerja dan komuniti; dan 40
- 41. Membolehkan individu menangani kemajuan yang pantas dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.Manakala peranan dan fungsi pendidikan teknik dan vokasional dalam konteks sosial danekonomi: Penyumbang pencapaian matlamat masyarakat dalam perkembangan ekonomi, budaya, sosial dan pendemokrasian; Pemacu kefahaman dan keupayaan bertindak dalam aspek teknologi dan saintifik; Membolehkan masyarakat menyumbang kepada pengekalan pembangunan alam sekitar melalui pekerjaan dan bidang lain dalam kehidupan mereka; Sebagai sebahagian sistem pembelajaran sepanjang hayat yang boleh disesuaikan dengan keperluan negara tertentu dan perkembangan teknologi yang meluas; dan Memudahkan artikulasi secara mendatar dan menegak dalam sistem pendidikan dan antara sekolah ke dunia pekerjaan. Maklumat lanjut, sila rujuk buku ini, Unesco and ILO Recommendation (2006). 41
- 42. 4.2 Sorotan Laporan Kajian Mengenai PTV dan Menilai KeberkesanannyaTahukan anda apakah kepentingan kajian mengenai PTV dan keberkesannya dijalankan?Sila fahami petikan di bawah. “A critical challenge that faces human society at the start of the twenty-first century is to attain full employment and sustained economic growth in the global economy and social inclusivity. The ILO’s framework of decent work addresses both the quality and quantity of employment and provides a basis for new education and training policies and strategies. Human resources development, education and training contribute significantly to promoting the interests of individuals, enterprises, economy and society. By making individuals employable and informed citizens, human resources development and training contribute to economic development and to achieving full employment and promoting social inclusion. They also help individuals to gain access to decent work and good jobs, and escape poverty and marginalization. Education and skills formation could lead to less unemployment and to more equity in employment.” (UNESCO & ILO RECOMMENDATION, 2002:53)Seterusnya bincangkan beberapa kajian mengenai PTV dan keberkesanannya yang telahdijalankan oleh penyelidik-penyelidik sebelum ini. Apakah perkaitannya dengan pernyataanoleh UNESCO & ILO RECOMMENDATION, 2002:53 di atas? Maklumat lanjut, sila baca buku ini…..Unesco and ILO Recommendation (2002).Secara umumnya, PTV masih lagi di peringkat formatif. Sehubungan itu, program-program dibawah PTV memperoleh kelebihan daripada penilaian semasa program yang dijalankan. Jenis-jenis pengurusan, kualiti pelajar, kebolehsediaan, kecukupan, dan penggunaan kemudahan,organisasi dan gaya pentadbiran, kaedah penilaian prestasi, jenis program, jenis masalahprogram, program persediaan guru, masalah permintaan dan penawaran, sumber manusia dansebagainya merupakan pelbagai pembolehubah yang menarik perhatian penyelidik dalam 42
- 43. penilaian PTV. Kajian dan penilaian yang dijalankan menjadi amat penting kepada perancang,pembuat dasar dan pentadbir berkaitan PTV.Isu-isu penyelidikan PTV yang dikaji oleh penyelidik-penyelidik adalah dari pelbagai kerangkakerja berdasarkan pelbagai arah orientasi disiplin dalam pendidikan iaitu: Falsafah Pendidikan Sejarah Pendidikan Pendidikan Perbandingan Psikologi Pendidikan Sosiologi Pendidikan Ekonomi Pendidikan/Perancangan Pendidikan/Pengurusan Pendidikan Pengajian Kurikulum Pentadbiran dan Organisasi Sekolah Pendidikan Tidak Formal PenilaianKerangka kerja ini juga digunakan bagi mengklasifikasikan kajian yang telah dijalankan dalambidang pendidikan teknik dan vokasional. Di Malaysia, kajian mengenai PTV dankeberkesanannya membawa kepada perubahan beberapa dasar bagi mengukuhkan lagi PTV.Antara perubahan dasar-dasar tersebut ialah Penstrukturan 69 buah Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Sekolah Menengah Teknik (SMT) secara berperingkat mulai sesi persekolahan 1995/96. Pelan tindakan peningkatan pengeluaran tenaga manusia teknikal bagi tempoh 1996 – 2020 Program latihan kemahiran dan pendidikan vokasional kepada pelajar-pelajar yang berpencapaian rendah dan sederhana rendah.4.3 Kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran RBTMata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi adalah berasaskan kepada kemahiran teknologidan kreativiti. Mata pelajaran ini dapat menyediakan murid dengan pengetahuan dankemahiran teknologi untuk menghasilkan produk yang berlainan dengan menggunakan prosesreka bentuk. Murid didedahkan kepada pengenalan kreativiti serta melakukan kajian reka 43
- 44. bentuk dan fungsi terhadap sesuatu produk. Murid juga menggunakan teknik dan prosespembuatan yang melibatkan bahan gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logamserta penghasilan projek elektrik dan elektronik. Di samping itu, murid juga menghasilkantanaman hiasan dan melakukan kerja penyenggaraan alatan yang telah digunakan. Amalanuntuk memastikan keselamatan diri dan orang lain semasa melakukan aktiviti turut diberipenekanan. Ringkasnya, terdapat peluang yang cukup bagi membangunkan kemahiran kreatifmurid melalui pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologiPembelajaran secara sokongan (scaffold) diperlukan dalam pembelajaran reka bentuk danteknologi. Dalam mempertimbangkan kepentingan kreativiti, semua murid mempunyai hak yangsama untuk menjadi kreatif dan mempunyai capaian penuh terhadap peluang dalam bidang-bidang kreatif kurikulum. Namun, murid-murid tidak bertindakbalas dengan cara yang samaterhadap kreativiti. Peluang untuk murid-murid berkembang kreatif dalam bilik darjahbergantung kepada sokongan (Scaffold) maksimum oleh guru-guru, rakan sebaya dankeluarga. Terdapat sedikit penyelidikan dan kefahaman berkaitan sokongan (scaffold) dalamreka bentuk dan teknologi. Walau bagaimanapun, scaffold telah didefinisikan dan dibincangkansecara umum oleh Vygotsky (1978), Gardner (1995), Rogoff (1990), dan secara spesifik dalamkonteks bilik darjah oleh Fryer (1996) dan Beetlestone (1998).Masalah reka bentuk dan teknologi boleh ditangani melalui dua pendekatan utama iaitu: penyelesaian masalah melalui proses kognitif iaitu untuk pembelajaran dan berfikir; dan penyelesaian masalah secara kreatif.Penyelesaian masalah melalui proses kognitif tersebut merupakan jenis pemikiran aras tinggi.Manakala penyelesaian masalah secara kreatif merupakan manifestasi personaliti danpenampilan bagi sosial dan motivasi seseorang murid.Strategi bagi mencapai kemahiran berfikir dalam konteks reka bentuk dan teknologimerangkumi: Refleksi guru, pemodelan dan kemahiran berfikir; Penyelesaian masalah Pembelajaran koperatif; dan Perbincangan kumpulan. 44
- 45. Secara ringkasnya, fasa-fasa tugasan bagi mengembangkan kemahiran berfikir pelajar dalamkonteks reka bentuk dan teknologi adalah sepertimana ditunjukkan dalam jadual 4.1 Jadual 4.1 Fasa-Fasa Dalam Tugasan Reka Bentuk dan Teknologi Membangunkan Kemahiran Berfikir Di Kalangan PelajarMerangka Menarik perhatian Melaksanakan taklimat ringkas bagi tugasan membuattugas murid keputusan. Menentukan tujuan Menyatakan kepentingan tugasan Memberikan Menunjukkan bagaimana pengalaman sedia ada dan keyakinan tugasan praktikal berfokus dapat membantu mereka. Menjelaskan Mengenalpasti peringkat-peringkat dalam prosedur melaksanakan tugasan membuat keputusan.Menjalankan Meningkatkan Memberikan taklimat ringkas secara terbuka atauTugasan cabaran (Sebahagian tertutup. Menyediakan pelbagai maklumat yangMencabar dan bukannya berbeza. Mengurangkan arahan dan meminta murid semua) menangani kesukaran mereka sendiri. Menggunakan tugasan tambahan.Perbincangan Mengimbas kembali Menilai pendekatan murid dalam reka bentuk dan pembuatan. Menggunakan produk yang dihasilkan oleh murid bagi melihat kelemahan dalam reka bentuk dan proses pembuatan. Melihat alternatif-alternatif yang ada. Menyediakan mereka bagi tugasan membuat keputusan pada masa akan datang. Maklumat lanjut, sila rujuk Owen-Jackson (2002) muka surat 230.Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) perlu menjadi andasan dalam pelaksanaanpengajaran dan pembelajaran "Reka Bentuk dan Teknologi". Daya imaginasi, kreativiti muridperlu dijanakan dan diperkembangkan. Antara contoh kemahiran berfikir yang perlu diberitumpuan ialah : Membezakan bentuk-bentuk asas dalam pesekitaran Menghubung kait bentuk asas dalam aktiviti membina bentuk produk Menjana idea kreatif dan inovatif 45
- 46. Mentafsir lukisan kerja Menjana idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah dan menghasilkan projek Membuat keputusan, memilih projek,alatan tangan dan bahan yang diperlukan Mengkelaskan jenis tanaman hiasan.Aktiviti refleksi boleh diaplikasikan pada peringkat perbincangan dan mengimbas kembali dalammelaksanakan tugasan reka bentuk dan teknologi. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah menilai pendekatan murid dalam reka bentuk dan pembuatan; menggunakan produk yang dihasilkan oleh murid bagi melihat kelemahan dalam reka bentuk dan proses pembuatan; melihat alternatif-alternatif yang ada; dan menyediakan mereka bagi tugasan membuat keputusan pada masa akan datang. Bincangkan fungsi RBT dari segi melatih murid dalam penyelesaian masalah dan reka bentuk, pemikiran kreatif dan kritis, pemikiran aras tinggi, pembelajaran scaffold dan aktiviti refleksi.4.4 Ciri-ciri Kualiti dalam Pengajaran dan PembelajaranPerkembangan dan proses pembinaan kemahiran murid dalam pengajaran dan pembelajaranreka bentuk dan teknologi boleh dilaksanakan melalui penyertaan dan penghayatan secaraaktif dalam satu proses yang berdaya cipta kreatif dan inventif. Idea-idea baru bolehdibangunkan dan diubahsuai atau diperbaiki daripada sesuatu bahan atau produk yang telahsedia ada. Dalam setiap proses ini murid juga mendapat pengalaman dalam membuatkeputusan, bertanggungjawab terhadap idea-idea yang digunakan, serta bertanggungjawabterhadap kesan penggunaan idea tersebut untuk kehidupan yang akan datang.Pengetahuan dan kefahaman dalam reka bentuk dan teknologi boleh dilakukan melalui kaedahpengajaran yang berkesan. Sehubungan itu, kaedah pengajaran yang berkesan salingmempengaruhi pengetahuan dan pemahaman, bagaimana sesuatu kerja merupakan satupelengkap dan pertambahan kepada sesuatu yang lain, dan bagaimana beberapa masalah 46
- 47. boleh diselesaikan dengan bersubjekkan orientasi. Banyak idea, pelbagai sumber, dan bahandiperlukan dalam penyelesaian hampir semua masalah manusia. Murid dapat melihat perkaitanantara pengetahuan dan kefahaman, banyak idea dan sumber diperlukan dalam menyelesaikanmasalah.Ia juga memberi kesedaran kepada murid tentang konteks sosial perilaku manusia. Contohnyahampir semua manifestasi reka bentuk dan proses teknologi, menyatakan dengan jelas bahawamembuat keputusan tidak boleh dijalankan dalam pengasingan. Melalui sumber-sumber yangada mereka cuba mencapai matlamat untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan memberikepuasan maksimum kepada keperluan pelanggan-pelanggan dan seluruh masyarakat.Sikap dan kualiti peribadi murid boleh dipupuk melalui pendidikan reka bentuk dan teknologi. Inidapat dilakukan melalui penumpuan terhadap prestasi kemahiran, integriti dan kejujuran dalammenjayakan sesuatu projek. Kerja mahir adalah penting jika peralatan dibina bertujuan untukmemberi perkhidmatan yang diperlukan, dan memastikan keselamatan pengguna-penggunanya.Contohnya seperti kerja bahan-bahan konkrit yang memerlukan pengendalian yang jelas dantepat serta kemahiran yang tinggi. Paling utama, reka bentuk dan proses teknologimenyediakan satu alat inkuiri di mana murid dapat merasai pengalaman sebenar sama sepertikehidupan dewasa. Pengalaman berikut mungkin akan memberi satu kebolehgunaan umumyang luas kepada murid dalam pemupukan sikap positif dan kualiti peribadi unggul bagimenjalani kehidupan semasa dewasa.Kurikulum Nasional Britain pula mendefinisikan Reka Bentuk dan Teknologi kepada empatsasaran yang terdiri daripada mengenalpasti keperluan dan peluang, menjana rekabentuk,merancang dan melaksanakan dan akhirnya menilai. Murid seharusnya boleh mengenal pastidan menyatakan dengan jelas tentang keperluan dan peluang untuk mereka bentuk dan aktivititeknologi melalui penyiasatan terhadap konteks rumah tangga, sekolah, rekreasi, perniagaandan industri. Kemudian melalui maklumat-maklumat yang diperolehi murid akan menjanaspesifikasi reka bentuk, meneroka idea bagi menghasilkan cadangan reka bentuk danmembangunkan sehingga menjadi kenyataan, sesuai dan boleh dilaksanakan.Murid juga seharusnya mampu membuat artifak, sistem dan persekitaran, menyediakan danmelakukan perancangan, mengenalpasti, mengurus, dan menggunakan sumber yang sesuaitermasuk pengetahuan dan proses. Akhirnya murid boleh membangunkan, berkomunikasi dan 47
- 48. bertindakbalas atas penilaian terhadap proses, keluaran, dan kesan terhadap reka bentuk danaktiviti teknologi dan sebagainya termasuk dari segi masa dan budaya.Nilai-nilai dalam pendidikan reka bentuk dan teknologi boleh membentuk personaliti murid.Sehubungan itu, nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang relevan perlu merentasiaktiviti pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi. Langkah ini akan dapatmemupuk nilai murni dan sikap positif seperti berusaha mencapai kecemerlangan, berfikiranterbuka, bersedia menimbangkan pelbagai faktor dan berhati-hati menggunakan sumbersupaya menjadi kebiasaan dalam pengendalian dan urusan hidup di kalangan murid.Pembinaan kemahiran kolaboratif dalam pendidikan reka bentuk dan teknologi bolehdirealisasikan melalui projek kumpulan. Secara umumnya, murid memerhati dan meniru apasaja perkara yang mempesonakan dalam dunia sosial mereka (Hope, 2004). Muridmembincangkan secara terbuka, memuji dan menyesuaikan idea orang lain untuk digunakandalam kerja mereka. Sehubungan itu, projek kumpulan dapat menyediakan peluang secaraspesifik bagi mengembangkan kemahiran kolaboratif. Selain itu, aktiviti kolaborasi bolehdilakukan dengan cara menghubungkan reka bentuk dan teknologi dengan bidang lain sepertisains dan matematik, ICT dan sebagainya (Sage, 2002). Maklumat lanjut, sila baca buku ini….. Hope, G. (2004). Teaching Design and Technology 3 – 11: The Essential Guide For Teachers. Great Britain: Antony Rowe Ltd. 48
- 49. 4.5 Aplikasi Literasi, 3M dan ICT dalam RBTTahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan literasi ? Definisi literasi ... ”able to recognize when information is needed and have the ability to locate, evaluate and use effectively the needed information” (Ron, R., 1995) • LITERASI – Keupayaan untuk membaca/dapat makna daripada perkataan.Literasi, 3M, dan ICT memberikan impak yang besar kepada pembangunan pendidikan disekolah rendah. Terdapat usaha mengembangkan literasi, 3M dan ICT melalui reka bentuk danteknologi. Sebagai contoh, reka bentuk dan teknologi boleh digunakan bagi mengembangkankemahiran lisan dan mendengar. Penggunaan fiksyen, teks atau cerita tentang reka bentuk danteknologi dengan diikuti sesi latihan amali boleh dilakukan bagi memperkembangkan literasi,3M dan ICT.Kerja-kerja literasi yang berfokus kepada perkataan, ayat yang berasaskan tema reka bentukdan teknologi dapat menyediakan murid kepada pembelajaran istilah dan perkataan secaraspesifik. Perkataan dalam permainan yang berfokuskan tema seperti alat-alat dan kegunaannya,bahan dan sifat bahan, mekanisme dan jenis-jenis pergerakan boleh digunakan. Manakalateks bukan fiksyen dengan isi kandungan reka bentuk dan teknologi boleh digunakan dalampelbagai cara. Teks boleh digunakan untuk meneroka, memperkenal atau mengukuhkanpengetahuan dan kefahaman berkaitan kerja reka bentuk dan teknologi sedia ada atau bagimerancang untuk masa depan.ICT pula menyediakan peluang tambahan bagi memperkembangkan literasi, 3M danmerapatkannya dengan reka bentuk dan teknologi. Sehubungan itu, ICT boleh digunakan 49
- 50. dalam reka bentuk dan teknologi sebagai bahan sumber, alat atau komponen. Antara contoh-contoh peranan ICT ialah: Sebagai sumber maklumat atau rangsangan bagi projek dan aktiviti (ini meliputi internet, CD-ROM, dan pangkalan data berasaskan komputer); Menjana dan membangunkan idea reka bentuk, menggunakan lukisan, berasaskan perisian.; Mengumpul, menyimpan, menganalisis dan mengesan maklumat menggunakan pangkalan data atau lembaran kerja; Berkomunikasi dengan menggunakan e-mail dan perisian penerbitan atas meja; Memodel dan merangsang situasi menggunakan perisian khusus; Merancang dan membuat jujukan peristiwa menggunakan perisian bagi menghasilkan carta alir; Merekod proses terlibat dan menilai menggunakan perisian pemprosesan perkataan, kamera digital, rakaman audio dan video; Menghasilkan wallpaper, imej, dan clip art menggunakan perisian khusus; dan lain-lain lagi. Maklumat lanjut, sila baca buku ini….. Ritchie, R. (2001). Primary design and technology: A process for learning (2nd ed). London: David Fulton Publishers (m.s 60 – 62).Tahukah anda, dalam tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkanKurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untukkembali semula kepada asas pendidikan yang memberi fokus kepada penguasaan kemahiran3M dan penekanan kepada pendidikan pemulihan. Melalui pengajaran pemulihan pada Tahap I(Tahun 1-3) ini, keperluan murid yang mempunyai masalah pembelajaran dikenalpasti danpihak sekolah memastikan mereka menguasai kemahiran 3M ini.Manakala penggunaan komputer dalam pendidikan merupakan langkah awal ke arahmewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Komputer dalampendidikan membolehkan pelajar sekolah menguasai pengetahuan dan kemahiran asas supayamereka boleh menggunakan kemudahan ini untuk pembelajaran dan persediaan menghadapicabaran masyarakat yang berasaskan Information Communication Technology (ICT). 50
- 51. Ringkasnya, murid perlu digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)dalam pembelajaran reka bentuk dan teknologi. Ini boleh dilakukan melalui pengumpulan,pemilihan dan pemprosesan maklumat. Kemahiran ICT murid juga boleh diperkembangkanseperti melayari laman web, menggunakan perisian, CD-ROM dan pengkalan data sertaberkomunikasi secara elektronik. Bagaimanakah mengaplikasikan literasi, 3M dan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran RBT di sekolah rendah?Latihan Bagi menguji tahap kefahaman anda, sila jawab soalan di bawah.1. Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) memainkan peranan dan fungsi penting dalam melahirkan modal insan untuk pembangunan negara. Sehubungan itu, jelaskan peranan dan fungsi PTV dari segi berikut: a) konteks individu b) konteks sosial dan ekonomi2. Isu-isu penyelidikan PTV yang pelbagai telah menarik perhatian ramai penyelidik daripada pelbagai orientasi disiplin pendidikan. Di Malaysia, dapatan penyelidikan PTV telah membawa kepada beberapa perubahan dasar pendidikan PTV. Sehubungan itu, bincangkan kepentingan penyelidikan PTV.3. Mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi adalah berasaskan kepada kemahiran teknologi dan kreativiti. Mata pelajaran ini dapat menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi untuk menghasilkan produk yang berlainan dengan menggunakan proses reka bentuk. Bincangkan bagaimana anda mengembangkan kreativiti pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi.
Friday, 9 October 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment